Harakah Online
Berita Terpilih Dari Seluruh Negara
Home Forum Daftar Login Akaun Iklan Berita Sahabat Hubungi Carian
  Selamat Datang Visitor !        
Tinjauan

PAS semakin sukar menggunakan modal negara islam & hudud untuk memancing undi?

Ya
Neutral
Tidak



Results
Polls

Votes: 286
Comments: 10

Sponsor

Harakahonline.net :: View topic - Kerajaan setuju tubuh koperasi kedua FELDA
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Check your private messagesCheck your private messages   Log inLog in 

Kerajaan setuju tubuh koperasi kedua FELDA

 
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Berita Harian
View previous topic :: View next topic  
Author Message
HO
Member
Member


Joined: Jan 01, 2010
Posts: 1412

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 9:43 am  Reply with quote

Kerajaan setuju tubuh koperasi kedua FELDA

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/07/31

KPF 2 untuk generasi baru dapat dana awal RM10j

PUTRAJAYA: Kerajaan setuju menubuhkan Koperasi Permodalan FELDA 2 (KPF 2) dengan dana awal RM10 juta disediakan agensi itu sebagai modal pembangunan ekonomi generasi baru FELDA. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan, di sini semalam, berkata KPF 2 akan memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal di tanah rancangan selain memegang ekuiti tertentu dalam syarikat FELDA. Selain itu, beliau berkata, KPF 2 juga tidak akan menjadi pesaing kepada Koperasi Pembangunan FELDA (KPF) yang ditubuhkan 30 tahun lalu, sebaliknya ia akan menjadi pelengkap dan menambah rantaian ekonomi sedia ada.

“Kerajaan sedar hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat FELDA. Malah, ramai antara mereka berminat untuk bergiat aktif menerusi koperasi.

“Justeru, bagi mengekalkan semangat keluarga FELDA dan faedah generasi baru, KPF 2 ditubuhkan memandangkan generasi baru FELDA tidak dibenarkan menjadi ahli KPF sedangkan kumpulan ini semakin bertambah bilangannya serta berminat untuk terbabit dalam kegiatan ekonomi,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mempelawa semua generasi baru FELDA membabitkan diri dalam KPF 2 kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan anak syarikat FELDA.
Pada masa sama, Perdana Menteri berharap generasi muda FELDA menyambut baik usaha kerajaan menubuhkan KPF 2 demi memastikan nasib keluarga peneroka terus terbela.

“Ketika ini, warga peneroka yang melabur dalam KPF menguasai pegangan sebanyak 51 peratus dalam FELDA Holdings dan setiap tahun ia berjaya memenuhi hasrat semua ahli yang ingin mendapatkan pulangan memuaskan atas pelaburan mereka.

“Ini kerana dividen yang dibayar KPF setiap tahun secara puratanya adalah sebanyak 14 peratus dan ia adalah antara yang tertinggi di negara ini,” katanya.

KPF kini mempunyai seramai 189,415 ahli dengan modal syer sebanyak RM1.2 bilion.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Berita Harian All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

Copyright Harakah Daily Online All Rights Reserved.
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.