HO Member


Joined: Jan 01, 2010 Posts: 1401
|
Posted: Thu Jul 29, 2010 10:00 am |
|
|
JAKIM sokong usaha perpaduan
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
2010/07/29
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), agensi kerajaan yang terbabit dalam memajukan Islam dan umatnya, menyokong sebarang bentuk kerjasama antara UMNO dan PAS bagi menyatukan umat Islam dan orang Melayu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bagaimanapun berkata isu berkenaan perlu ditangani pemimpin tertinggi kedua-dua parti jika mahu memastikan kerjasama berkenaan benar-benar menjadi realiti. Ia wajar ditangani pimpinan atasan, bukan semua orang boleh campur tangan.... baru ada kesan. Mufti berhak memberi pandangan tetapi ia perlu membabitkan pimpinan atasan.
Kalau semua orang hendak bercakap, kita tidak pasti siapa yang bercakap bagi pihak mana.
Jika tidak, orang akan melihat ia tidak ada apa-apa... tak memberi impak seperti dikehendaki, katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata sebagai susulan usaha Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mahu menjadi perantara UMNO dan PAS bagi menjalin kerjasama yang dapat mengukuhkan perpaduan Melayu serta umat Islam.
Wan Mohamad turut mengingatkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti supaya mengetepikan sentimen politik jika ikhlas mahu mewujudkan perpaduan Melayu dan umat Islam.
Sementara itu, beliau berkata, JAKIM akan menambah 104 jawatan baru termasuk pakar teknologi makanan, bioteknologi, kimia dan pakar rujuk selaras dengan tanggungjawabnya mengeluarkan sijil dan logo halal.
Wan Mohamad berkata, usaha itu adalah selaras dengan tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sedang meminda Akta Perihal Dagangan 1972 bagi memberi kuasa kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri mengeluarkan sijil dan logo halal.
Beliau yang menyambut baik usaha kementerian itu mengehadkan kuasa pengeluaran sijil dan logo halal, berkata tindakan kementerian akan dapat menghentikan kuasa pengiktirafan sendiri di mana banyak pihak boleh mengeluarkan sijil sendiri. |
|