Harakah Online
Berita Terpilih Dari Seluruh Negara
Home Forum Daftar Login Akaun Iklan Berita Sahabat Hubungi Carian
  Selamat Datang Visitor !        
Tinjauan

PAS semakin sukar menggunakan modal negara islam & hudud untuk memancing undi?

Ya
Neutral
Tidak



Results
Polls

Votes: 254
Comments: 9

Sponsor

Harakahonline.net :: View topic - 'Hapus diskaun cetus kemarahan'
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Check your private messagesCheck your private messages   Log inLog in 

'Hapus diskaun cetus kemarahan'

 
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Berita Harian
View previous topic :: View next topic  
Author Message
HO
Member
Member


Joined: Jan 01, 2010
Posts: 1401

PostPosted: Thu Jul 29, 2010 9:59 am  Reply with quote

'Hapus diskaun cetus kemarahan'

Oleh Johari Ibrahim
2010/07/29

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, cadangan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

Sambil menyifatkan cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bercadang berbuat demikian di negeri dikuasainya. Perkara seperti ini (cadangan pemansuhan diskaun) boleh timbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera jika terlalu ditekan pihak DAP. Kita cuba menentukan dasar yang adil dan saksama, tetapi jika terlalu menekan orang Melayu dan Bumiputera tanpa mereka melihat pihak lain, terutama sektor swasta memberi pertimbangan kepada mereka, ia akan mewujudkan rasa tak puas hati golongan itu, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majlis Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan, Satu Pengkisahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Majlis berkenaan dianjurkan Yayasan Perikatan Malaysia dan Orlaith Incorporated Sdn Bhd.

Beliau berkata, ini bermakna orang Melayu juga berharap syarikat swasta turut membantu mereka dalam kemajuan sesebuah negeri.
Perdana Menteri diminta mengulas sama ada BN juga bercadang melaksanakan cadangan itu di negeri di bawah pentadbirannya.

Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua, mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Pua berkata, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan, termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Najib berkata, kuasa menentukan diskaun berkenaan terletak di bawah bidang kuasa negeri dalam kelulusan pembangunan.

Jadi kita tidak ada cadangan untuk menghapuskan diskaun kepada Bumiputera pada masa ini, walaupun saya akui tidak mungkin dia akan kekal selamanya, tetapi masa ini belum sesuai, katanya.

Mengenai majlis pengkisahan itu, Najib berkata, ia amat bermakna terutama kepada generasi baru yang perlu mengetahui sejarah negara dan menghayati perjuangan untuk dijadikan pedoman bagi meneruskan usaha mengangkat maruah negara.

Saya sudah cuba secara objektif mengemukakan ciri kepemimpinannya yang mungkin boleh dijadikan teladan antaranya ialah komitmen kepada tugas dan kerjanya, bekerja kuat dan sungguh-sungguh adalah satu dari ciri utama perwatakan Allahyarham yang amat dikenang hingga hari ini.

Selain itu, Allahyarham juga seorang yang tahu menilai kesesuaian seseorang itu untuk ditempatkan di tempat tertentu, di samping itu membangunkan institusi yang boleh dijadikan sebagai badan yang dapat menyampaikan dan mengisi perjuangan yang hendak dicapai, katanya.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Berita Harian All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

Copyright Harakah Daily Online All Rights Reserved.
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.