Harakah Online
Berita Terpilih Dari Seluruh Negara
Home Forum Daftar Login Akaun Iklan Berita Sahabat Hubungi Carian
  Selamat Datang Visitor !        
Tinjauan

PAS semakin sukar menggunakan modal negara islam & hudud untuk memancing undi?

Ya
Neutral
Tidak



Results
Polls

Votes: 254
Comments: 9

Sponsor

Harakahonline.net :: View topic - Jangan lumpuhkan ekonomi melalui blog - Mukhriz
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Check your private messagesCheck your private messages   Log inLog in 

Jangan lumpuhkan ekonomi melalui blog - Mukhriz

 
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Utusan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
HO
Member
Member


Joined: Jan 01, 2010
Posts: 1401

PostPosted: Thu Jul 29, 2010 9:58 am  Reply with quote

Jangan lumpuhkan ekonomi melalui blog - Mukhriz

KUALA LUMPUR 28 Julai - Datuk Mukhriz Mahathir memberi amaran kepada parti pembangkang dan penulis-penulis blog agar tidak melumpuhkan ekonomi negara dengan membuat pelbagai tuduhan liar dan tidak berasas.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang memberi peringatan itu berkata, ini kerana tuduhan-tuduhan negatif itu akan menjejaskan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Secara sinis beliau menyifatkan golongan tersebut membuat 'serangan kiri dan kanan' kerana mengkritik kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) dan pada masa sama menyokong transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, 'serangan habis-habisan' itu semata-mata bertujuan untuk memberi gambaran kegagalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional membawa masuk FDI.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan mengapa pengiktirafan yang diberikan kepada Malaysia sebagai antara 15 negara utama pelaburan tidak dilaporkan.

''Sedar atau tidak tuduhan liar ini akan memberi kesan teruk kepada Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan.

''Perlu ingat jangan memperjudikan nasib negara dan generasi muda yang bakal memimpin dan meneraju Malaysia pada masa depan,'' katanya pada taklimat khas mengenai FDI negara.

Taklimat khas itu turut dihadiri oleh Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan, Datuk Jacon Sagan Dungau.

Majlis itu diadakan bagi memberi penjelasan berhubung prestasi FDI dan menjawab tuduhan liar berikutan kejatuhan prestasi pelaburan Malaysia oleh Laporan Pelaburan Dunia 2010.

Laporan berkenaan dibuat oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan menyatakan kemasukan FDI ke Malaysia jatuh 81 peratus kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding RM23.47 bilion pada tahun sebelumnya.

Laporan itu turut menyebut, Malaysia mengalami kemerosotan terbesar berbanding negara-negara jirannya.

Mukhriz menambah, kementerian itu bukan mahu mempertahankan diri, sebaliknya mengakui penurunan FDI pada tahun lalu adalah kesan daripada krisis ekonomi global.

Sementara itu, Mustapa pula tidak menolak krisis ekonomi telah mengakibatkan banyak syarikat asing yang menutup operasi di negara ini kerana menstruktur semula pengurusan mereka.

Bagaimanapun, tambahnya, pada masa yang sama Malaysia masih menerima pelaburan baru atau pelaburan semula daripada syarikat-syarikat yang pernah menutup operasi di sini.

Mengulas dakwaan kononnya Malaysia semakin kurang kompetitif berbanding negara-negara jiran dalam membawa masuk FDI, Mustapa berkata: ''Walaupun negara mahu mengambil semua peluang perniagaan tetapi pada masa sama kita perlu melihat kepada kualiti perniagaan''.

Ia penting kerana Malaysia yang kini dalam proses transformasi ekonomi tidak lagi boleh menerima perniagaan yang hanya menawarkan gaji rendah kepada rakyat, katanya.

''Adakah kita mahu membawa masuk pelaburan asing yang hanya mampu membayar gaji AS$5 (RM16) sehari atau RM400 sebulan?,'' ujarnya.

Beliau berkata, kementerian perlu berhati-hati dalam memilih pelaburan untuk memberi pekerjaan berkualiti tinggi kepada golongan profesional, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membawa balik golongan profesional Malaysia yang berada di luar negara.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Utusan All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

Copyright Harakah Daily Online All Rights Reserved.
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.