Harakah Online
Berita Terpilih Dari Seluruh Negara
Home Forum Daftar Login Akaun Iklan Berita Sahabat Hubungi Carian
  Selamat Datang Visitor !        
Tinjauan

PAS semakin sukar menggunakan modal negara islam & hudud untuk memancing undi?

Ya
Neutral
Tidak



Results
Polls

Votes: 254
Comments: 9

Sponsor

Harakahonline.net :: View topic - Agong Seru Negara Islam Perkukuh Jalinan Kerjasama
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Check your private messagesCheck your private messages   Log inLog in 

Agong Seru Negara Islam Perkukuh Jalinan Kerjasama

 
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Bernama
View previous topic :: View next topic  
Author Message
HO
Member
Member


Joined: Jan 01, 2010
Posts: 1401

PostPosted: Wed Jul 28, 2010 9:48 am  Reply with quote

Agong Seru Negara Islam Perkukuh Jalinan Kerjasama

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru agar diperkukuh jalinan kerjasama di kalangan negara-negara Islam dalam meningkatkan kemajuan ekonomi, sosial dan politik serta kesejahteraan survival ummah di peringkat global.

Baginda bertitah umat Islam perlu mengembalikan kegemilangan ketamadunan yang pernah dikecapi menerusi kesatuan yang kukuh, kerjasama sosio-ekonomi serta penguasaan teknologi terkini kerana ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

"Umat Islam juga pada pandangan beta tidak wajar berselisihan dalam perkara-perkara "furu" (cabang) sehingga menimbulkan perpecahan, ibarat kata pepatah "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh," titah baginda ketika merasmikan Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-52 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Selasa malam.

Seri Paduka juga bertitah seluruh dunia Islam perlu bersatu dalam menghadapi pelbagai ancaman terhadap umat Islam, sama ada serangan daripada aspek fizikal mahupun kerohanian, termasuk isu Islamifobia.

Baginda bertitah isu tersebut, yang meracuni masyarakat dunia, terutama di kalangan masyarakat bukan Islam, perlu ditangani segera.

"Beta juga mengharapkan agar masyarakat bukan Islam sewajarnya diberi kefahaman bahawa Islam adalah agama progresif dan mencintai keamanan," titah baginda.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Sementara itu, Jamil Khir dalam ucapannya mengumumkan bahawa mulai tahun ini, jumlah hadiah wang tunai untuk johan tilawah akan dinaikkan kepada US$10,000 (RM31,975.1), berbanding US$4,000 (RM12,790) sebelum ini.

Naib johan pula bakal menerima US$7,000 (RM22,382.5) dari US$3,000 (RM9,592.52), manakala tempat ketiga membawa pulang US$4,000(RM12,790) dari US$2,000 (RM6,395.01).

Hadiah saguhati pula akan meningkat kepada US$1,500 (RM4,796.26) dari US$1,000 (RM3,197.50).

Malaysia diwakili Wan Ainuddin Abdullah dari Wilayah Persekutuan dan Hajah Nor Azrah Ayub dari Johor, yang merupakan johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah AlQuran peringkat kebangsaan ke-53.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Bernama All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

Copyright Harakah Daily Online All Rights Reserved.
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.