HO Member


Joined: Jan 01, 2010 Posts: 1412
|
Posted: Wed Jul 28, 2010 9:40 am |
|
|
Blog dedah video sangkal Guan Eng terpinggir
2010/07/28
GEORGETOWN: Beberapa blog mendedahkan video yang menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, membuat tuduhan kononnya Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus, tidak menyediakan kerusi untuknya ketika majlis pelancaran projek naik taraf Kereta Api Bukit Bendera, pada Oktober lalu.
Blog terbabit, www.pisau.net dan novandri.blogspot.com menyiarkan video itu mulai tengah hari semalam dan turut meletakkan gambar Guan Eng duduk bersebelahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada majlis berkenaan. Turut diletakkan beberapa gambar ketika majlis itu berlangsung, termasuk kad nama di kerusi diduduki Guan Eng yang tertulis YAB Tuan Lim Guan Eng yang menunjukkan kerusi itu dikhaskan buatnya. Dalam video dimuatkan dalam blog novandri.blogspot.com bertajuk SAH! Video-Bukti Pembohongan Lim Guan Eng DAP! sepanjang tiga minit dan tiga saat itu, ungkapan disebut Guan Eng berkaitan kejadian di Bukit Bendera adalah:
Dia (Nik Ali) cakap dia hormat, jika dia hormat kenapa dalam itu upacara Kereta Api Bukit Bendera, tempat duduk pun tidak mahu bagi.
Sampai menteri sendiri campur tangan. Bukan satu menteri.. tapi dua menteri campur tangan.. Dia berani nafi tak ...Dia berani sumpah atas al-Quran nafi tak, kata Guan Eng dalam video itu.
Beberapa hari lalu, Guan Eng menafikan beliau pernah membangkitkan isu tidak diberikan tempat duduk ketika mengkritik Nik Ali minggu lalu yang membawa pertelingkahan antara mereka berdua.
Isu dibangkitkan Guan Eng adalah berkaitan kes mencuri pasir di tapak politektnik, Balik Pulau dengan menuduh Nik Ali sebagai pegawai tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut dipecat.
Dalam video itu juga, Guan Eng yang diapit dua Exco kerajaan negeri pada satu sidang media yang diadakan pada 22 November lalu, turut menuduh Nik Ali sebagai berlidah biawak. |
|