Harakah Online
Berita Terpilih Dari Seluruh Negara
Home Forum Daftar Login Akaun Iklan Berita Sahabat Hubungi Carian
  Selamat Datang Visitor !        
Tinjauan

PAS semakin sukar menggunakan modal negara islam & hudud untuk memancing undi?

Ya
Neutral
Tidak



Results
Polls

Votes: 254
Comments: 9

Sponsor

Harakahonline.net :: View topic - Himpunan Warga Felcra gamit ribuan hadirin
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Check your private messagesCheck your private messages   Log inLog in 

Himpunan Warga Felcra gamit ribuan hadirin

 
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Harakahdaily
View previous topic :: View next topic  
Author Message
HO
Member
Member


Joined: Jan 01, 2010
Posts: 1401

PostPosted: Tue Jul 27, 2010 11:24 pm  Reply with quote

Himpunan Warga Felcra gamit ribuan hadirin
Mohd Syamil Azhar

PASIR SALAK, 27 Julai: Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucapan kemuncak pada majlis penutup Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini pada 1 Ogos ini dijangka mampu menarik ribuan pendengar.

Program kemuncak itu juga menjadi lebih menarik dengan hadir sama tiga lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman.

Pengarah program, Haji Razman Zakaria, berkata program dua hari itu diharap dapat menghimpun ribuan warga Felcra dari seluruh negara, terutama Perak memandangkan negeri ini terbesar kawasan Felcra serta terbanyak peserta.

Katanya, program itu sangat penting bagi semua warga Felcra mendapat pendedahan terhadap pelbagai penyelewengan pihak atasan.

"Sebab itulah kita bawa seorang peguam yang pernah menang kes saman Felda dan seorang peserta Felcra yang menang saman setelah beliau disingkir dari Felcra.

"Mereka akan bentang dua kertas kerja yang penting untuk semua warga Felcra," katanya.

Razman berkata, dua kertas kerja yang akan dibentangkan akan mendedahkan kepada warga Felcra mengenai hak mereka sebagai peserta dan apa yang sewajarnya mereka dapat serta kemunasabahannya dari segi pembayaran dividen misalnya.

Katanya, selain itu pendedahan mengenai status mereka sebagai peserta serta perjanjian hak pemilikan semula tanah juga perlu didedahkan supaya jelas.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Perhubungan PAS Perak, berkata program pada 31 Julai bermula jam 2 petang dan berakhir jam 12 malam, manakala pada 1 Ogos bermula jam 8 pagi berakhir jam 12 malam.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Harakahonline.net Forum Index -> Harakahdaily All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

Copyright Harakah Daily Online All Rights Reserved.
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.