Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.
Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.
Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing.
Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.
"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”
Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan.
ContinuePas Desak Azizan ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan, beliau pernah didesak supaya meletak jawatan oleh ahli Pas sendiri yang tidak sabar mahu melihat Kerajaan Kedah pimpinannya segera melaksanakan hukum hudud.
Azizan berkata, desakan itu disuarakan pada awal penggal tidak lama selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.
“Perkara itu sudah lama. Ketika itu, kita baru saja ambil alih negeri Kedah. Ada cadangan menyuruh saya ikut Kelantan laksana hudud, tetapi takkan lah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri,” katanya.
Azizan berkata, ketika desakan itu dibuat, keadaan tidak praktikal untuk melaksanakan sistem perundangan baru dan tidak menolak kemungkinan akan dikaji pada masa akan datang.
Bagaimanapun katanya, melaksanakan hudud bukan agenda utama Kerajaan Negeri dan tidak diberi keutamaan buat masa ini.
"Kelantan pun sehingga kini sukar untuk melaksanakan hudud. Saya rasa, Kedah elok tunggu sehingga Kelantan buat dulu dan melihat bagaimana ia diterima pakai supaya kita dapat melihat implikasi pelaksanaannya," katanya.
Continue